Thursday, October 8, 2009

Penangan Facebook


Assalamualaikum semua,

lama betui aku tak buka blog ni. bukan sebab jarang online. tapi sebab terlebih online. ni semua gara FB la aku rasa. main game FB to be spesifik. byk gak game yang aku layan. mafia wars, poker, street racing, kung fu pet dan lain lain lagi yng sewaktu dengannya.
mesti korang terpegun tgk duit byk kat atas tuh kan. bila la kita nak dapat memiliki duit sebanyak tu kan. macam aku gak, perghh..... duit bersusun. insyaallah kalau rezki tak kemana. tapi kalau tanpa usaha tak leh gak kan. so berusaha la bersungguh dengan bijak.

Tuesday, August 11, 2009

Koleksi Teka-Teki (Part 1)


1. Binatang aper yang hebat dalam sukan karate-do?
2. Bunga apa warna hitam?
3. Kereta apa takder tayar?
4. Kereta apa orang tak panggil kereta?
5. Pergi terbang, balik berenang?
6. Macam mana kita nak tau belah mana belakang pokok?
7. Macam mana nak masukkan seekor gajah dalam peti ais?
8. Macam mana nak masukkan seekor zirafah dalam peti ais?
9. Tarzan buat jamuan makan, semua binatang datang kecuali binatang aper?
10. Seorang pemburu tembak itik, anjing pemburu pi amik itik tu tapi tak balik2. nape anjing tu tak balik?
11. Ikan aper ada bulu ketiak?
12. Ikan apa paling kaya?
13. Ikan apa paling miskin?
14. Turun lambat, naik cepat?
15. Cari payah, buang senang?
16. Satu bas penuh dengan penumpang jatuh gaung. semua mati kecuali satu jer hidup. apa dia?
17. Kuih apa yang kita tak leh makan tengah dia?
18. Benda apa kalau kita potong ia tetap panjang?
19. Ayam apa ada tujuh kaki?
20. Pintu apa yang walau 10 orang tarik pun tak leh terbuka?
21. Apa yang ada 3 kepala, 2 tangan, 6 kaki, 2 sayap dan 2 ekor?
22. Binatang aper semua anggota badan dia ada kat kepala?
23. Burung apa semua anggota badan ada kat kaki?
24. Buah apa yang banyak menimbulkan persoalan?
25. Binatang apa yang selalu sakit perut?
26. Kita tido dia bangun, kita bangun dia tidur?
27. Macam mana nak masukkan seekor gajah kedalam kereta volkwagen?
28. Macam mana pula nak masukkan lima ekor gajah kedalam kereta volkwagen?
29. Macam mana pula nak masukkan 15 ekor gajah dalam kereta volkwagen?
30. Persatuan gajah sedunia buat satu perlawanan bola sepak antara gajah2. kat dalam stadium penuh dengan gajah2 yang menonton dan yang bermain. kat luar stadium penuh dgn apa?

Monday, July 13, 2009

One Drop Perfumes



Hanya Setitik Badan Wangi Sepanjang Hari
Pati Minyak Wangi Tanpa Campuran Alkohol & Air
Diinspirasikan Daripada Jenama Antarabangsa
Terdapat 6 Set Pewangi Dengan 8 Wangian Berbeza Setiap Set
Menggunakan Botol ‘Miniature Roll On’ Yang Mudah Dibawa
SEMERBAK JUGA DI MANA JUA..!!!

HANYA RM40.00

Tuesday, June 16, 2009

UNTUK DIJUAL


TZM 150cc

HARGA : RM 3200

TAHUN : DISEMBER 1997 (WGE 4459)

HUBUNGI : ZAMBRI (Matt)

H/P 012-6349004

RUMAH 05-8836211

Friday, April 17, 2009

Antara Ibu dan Isteri

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Keistimewaan Kaum Hawa

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Thursday, March 12, 2009

Guru oh guru!

Alhamdulillah...
dah tiga bulan aku bergelar guru sekolah rendah nih. macam2 pengalaman baru yang aku dapat. yang best ader, yang tak best takder kot. pasal aku rasa best jer selalu.
aku kena ajar Pendidikan Agama Islam, Muzik and PJK. ok ler. tapi lepas cuti penggal ni tukar ke pagi. jadi guru bimbingan n kaunseling sepenuh masa. boleh ler aku gunakan pengalaman yang ader.
oklah... nak gi ngajar. biasa ler... guru la katakan. mendidik anak bangsa!

Friday, January 9, 2009

Selamat Bertugas.....

Aku nak ucapkan selamat bertugas kepada semua guru-guru KPLI yang memulakan tugas sebagai pendidik di seluruh negara.
Ada yang dapat tempat seperti yang dipohon. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Semoga dapat berkhidmat dengan penuh cemerlang.
Pada yang tak dapat tempat yang dipohon pula, jangan gundah gulana. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Aku sendiri, walau tak dapat tempat yang dipohon, masih bersyukur dapat berkhidmat di
Semenanjung. Ada gak rakan-rakan yang dapat Sabah Sarawak, ada yang dapat di pendalaman. Dengar kata sampai line telefon pun takder. Pergi kesekolah kena naik bot selama 30 minit.

Apa pun semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebagai seorang guru. Ingat kata aku nih, langit tak selalu mendung, roda tak selalu dibawah, hujan pasti akan berhenti....
Bersabar je la wahai rakan-rakan. Aku pun terpaksa berpisah dengan anak aku yang baru sebulan lahir. So kena la berjimat cermat sebelum dapat gaji. Tak leh nak balik selalu.
Nak buat mcm mana, dah SAYA YANG MENURUT PERINTAH..... huhuhuhu........

Aku Dah Jadi Ayah.....






Syukur pada Tuhan, wife aku selamat melahirkan anak secara normal pada 9 Disember 2008 tepat jam 12.38 tengahari.
AIDA MARISSA BINTI MOHD ZAMBRI aku n wife bagi nama. AIDA maksud dia Keberuntungan, MARISSA pula maksud dia Seorang Yang Bersopan Santun.
Wife aku ok jer, tapi baby kena tahan wad seminggu gak la pasal jaundice or orang panggil demam kuning.
Pesan aku kat ibu mengandung or bakal mengandung kat luar sana, masa mengandung minum la susu kambing sket. Takpun cari ubat homopati. Ni sebagai pencegahan jer. Tapi kalau nak kena gak tu kuasa Tuhan.
Doa-doa la anak aku bakal jadi muslimah dan insan yang berguna kepada masyarakat. Amin....

Thursday, January 1, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah

Salam kepada semua guru...khasnya Mat Pro...selamat mengajar dan memulakan karier sebagai guru. Semoga menjadi guru yang berjaya dan cemerlang.