Friday, January 9, 2009

Selamat Bertugas.....

Aku nak ucapkan selamat bertugas kepada semua guru-guru KPLI yang memulakan tugas sebagai pendidik di seluruh negara.
Ada yang dapat tempat seperti yang dipohon. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Semoga dapat berkhidmat dengan penuh cemerlang.
Pada yang tak dapat tempat yang dipohon pula, jangan gundah gulana. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Aku sendiri, walau tak dapat tempat yang dipohon, masih bersyukur dapat berkhidmat di
Semenanjung. Ada gak rakan-rakan yang dapat Sabah Sarawak, ada yang dapat di pendalaman. Dengar kata sampai line telefon pun takder. Pergi kesekolah kena naik bot selama 30 minit.

Apa pun semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebagai seorang guru. Ingat kata aku nih, langit tak selalu mendung, roda tak selalu dibawah, hujan pasti akan berhenti....
Bersabar je la wahai rakan-rakan. Aku pun terpaksa berpisah dengan anak aku yang baru sebulan lahir. So kena la berjimat cermat sebelum dapat gaji. Tak leh nak balik selalu.
Nak buat mcm mana, dah SAYA YANG MENURUT PERINTAH..... huhuhuhu........

Aku Dah Jadi Ayah.....






Syukur pada Tuhan, wife aku selamat melahirkan anak secara normal pada 9 Disember 2008 tepat jam 12.38 tengahari.
AIDA MARISSA BINTI MOHD ZAMBRI aku n wife bagi nama. AIDA maksud dia Keberuntungan, MARISSA pula maksud dia Seorang Yang Bersopan Santun.
Wife aku ok jer, tapi baby kena tahan wad seminggu gak la pasal jaundice or orang panggil demam kuning.
Pesan aku kat ibu mengandung or bakal mengandung kat luar sana, masa mengandung minum la susu kambing sket. Takpun cari ubat homopati. Ni sebagai pencegahan jer. Tapi kalau nak kena gak tu kuasa Tuhan.
Doa-doa la anak aku bakal jadi muslimah dan insan yang berguna kepada masyarakat. Amin....

Thursday, January 1, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah

Salam kepada semua guru...khasnya Mat Pro...selamat mengajar dan memulakan karier sebagai guru. Semoga menjadi guru yang berjaya dan cemerlang.