Sunday, November 2, 2008

catatan seorang guru hukhukhuk.....

Semasa lawatan Panitia Sains ke Kuala Lumpur, lepak jap kat Putrajaya, tido kat Kolej 12, UPM tahun lepas, 2007. Budak2 ntah g mana ntah...


Salam....hukhuk..

Baru baru ni saya dikejutkan dengan panggilan telepon dari sekolah tempat hamba bertugas.....tengah syiok2 lepak di petang hari...maka dapat panggilan dari pihak sekolah....ternyata satu berita yang mengejutkan (bagi saya la..)tanpa angin bertiup, tanpa pohon bergoyang, tanpa hati berdetak...aduhhhh rupanya..hello, mm ADA SURAT UNTUK ANDA DI SEKOLAH, apa ye? ANDA TELAH DITUKARKAN KE SEKOLAH BARU...alamak, suka la kalau di pindahkan ke sekolah di negeri asal hamba, negeri Inderapura...


Rupanya, sekolah berhampiran "katanya kekurangan guru" la ye keee?apa daa..sedangkan hamba rasa kedrat hamba sebagai guru lelaki masih diperlukan di sekolah sekarang ni...tp apa nak buat..dah , "Saya Yang Menurut Perintah", sape suruh makan gaji...ehhehee...


Apapun harap ada sinar baru disebalik kegelapan2 yang melanda hidup kita ni...dan sebagai orang ISLAM rasa bersyukur WAJIB ada pada diri kita. Jadi kesimpulannya....JOHOR masih kekurangan GURU???

Friday, October 31, 2008

Peranan Ibu dan Bapa



Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

i- Azan dan iqamat

HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.

(Hadis Riwayat Abu Ya’la )

ii- Membelah mulut (tahnik)

TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

iii- Penyusuan

SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama

TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “ Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

v- Bercukur

MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah

HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan

BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”

(Hadis Riwayat At- Tabrani)


Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan


Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…”

(al-Kahfi :46)


Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.

(HR al-Bukhari)


Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.


Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal.


Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

Thursday, October 30, 2008

Final Exam Semakin Dekat!

Sedar tak sedar, dah dekat setahun kita kat maktab ni. Maknanya final exam dah makin dekat. Segala apa yang dah diajar selama ni bakal diuji dalam exam yang menjadi penentu cemerlang atau tidak. Perangai lama jangan diulang, iaitu study 'last minit'. Nanti murid2 pun ikut benda yang sama, jangan kita nak marah pulok...


Sebagai bakal guru, seharusnya tidak mengalami masalah dalam menguruskan matapelajaran yang perlu diulangkaji. Bakal guru la katakan...
Perlu pandai membahagiakan masa untuk belajar dan bermain. Sebut pasal bermain, study jer tanpa riadah yang cukup pun tak elok gak. Nanti nak amik exam tiba2 sakit demam melanda.

Apa pun, semoga berjaya dan suksess dalam peperiksaan nanti. Moga2 semua dapat cemerlang dalam keputusan nanti. Insyaallah....


Tuesday, October 7, 2008

Pemurahnya Allah S.W.T.


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.
Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Cerita Kemaafan


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita"
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan parut di dinding hati sahabat sekalian...

Tuesday, September 16, 2008

Logo Ciplak!

Logo Merdeka 50% Tiru Simbol Dari Taiwan

Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.

Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.

Sisi-sisi reka bentuk itu juga lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003.

Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Lirik Lagu "Perpaduan Teras Kejayaan"


Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Logo Kemerdekaan Ke 51


Logo Kemerdekaan Ke-51
Ciptaan ANUARDAN

Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan daripada 3 figura berpakat dan saling berganting bahu dan berpadu tenaga dalam menuju kejayaan ini melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan".

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjsama dan berganding bahu adalah mewakili 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbal keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Warna kuning pula melambangkan sistem Beraja dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Sejarah Jalur Gemilang

Bendera Malaysia
Bendera Malaysia

Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.

Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.

Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

Sunday, September 7, 2008

Gambar scan baby..


Ni gambar masa 9 minggu. Yang nampak macam muka orang tu la. Masa ni masih tak bentuk lagi anggota badan.

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.






Yang ni masa 24 minggu. Dah nampak bentuk bayi. Yang depan muka tu jari tangan dia.

Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Al Mu’ min]

Selamat Berpuasa!


Selamat Berpuasa untuk semua muslim dan muslimat. Semoga puasa tahun ni mendapat keberkatan dari Nya.
Aku bersyukur sebab tahun ni wife aku dapat berpuasa penuh and tahun depan tambah lagi sorang dalam family aku.
Kepada semua, jangan lupa bayar duit fitrah tahun ni.

Thursday, May 22, 2008

NOTA PERGERAKAN ASAS

Pergerakan asas merangkumi aspek berikut :

Pergerakan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor
Memanipulasi alatan dalam pergerakan yang dilakukan.


PERGERAKAN LOKOMOTOR
Sejenis pergerakan yang membolehkan
sesaran jasad secara mendatar. Pergerakan
berlaku dari satu tempat ke tempat yang lain.

BERJALAN
MELOMPAT
KETINGTING
BERLARI
MERANGKAK


PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar.

MENARIK NAFAS
MEMBONGKOK
MENGILAS
MEMUSING
MENOLAK – MENARIK
MENEPUK


MEMANIPULASI ALATAN
Memanipulasi alatan bermaksud mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan bagi memanipulasi alatan.
Contohnya :

MELAMBUNG BOLA
MENGHAYUNKAN GEGELUNG ROTAN
MENGETUK
MELAMBUNG PUNDI KACANG